Blogger Layouts

Monday, December 28, 2015

62 days to go...

Dah dekat setahun aku tak update.. bersarang labah-labahla.. alasan kemalasan melanda terlalu cliche utk di katakan.. ahaks..


Masuk minggu ni dah masuk 31 minggu aku mengandung. Hari ni appoiment bersama bidan KKM.. Alhamdulillah baby dan ibu sihat. Baby kecik... baru naik 1.8kg. Hari ni kena buat kali ke-dua pemekrisaan gula untuk ibu mengandung. Semalam cuak gak nak buat.. pelik kenapa kena buat sampai dua kali.. detail kat bawah penerangan MGTT (modified glucose tolerance test) kire nak check kandungan gula ketika berpuasa.. bolehkah insulin dihasilkan secara normal.

Mengikut apa yang kawan2 aku kata yang berada dalam bidang sains kesihatan.. semasa mengandung, Kandungan gula akan diperiksa sebanyak 3x iaitu pada semester pertama, semester kedua dan semester ketiga. Dalam kes aku, bidan check pada semester kedua dan ketiga.. Tujuan MGTT ini dibuat untuk melihat samada ibu mengalami gestational diabetes atau tidak. gestational diabetes merujuk penyakit diabetes semasa mengandung. Hanya berlaku ketika mengandung akibat perubhana hormon.

Proses Minum Gula Bagi Ibu Yang Hamil

Sepuluh jam sebelum proses MGTT, ibu hamil kenalah berpuasa. Ibu mengandung tidak dibenarkan makan, hanya boleh minum air kosong sahaja. 

Sebelum diberi minum air gula, darah akan diambil.. Ini dikenali sebagai Fasting blood sugar. Setelah itu, Ibu hamil perlu minum air gula. Syarat-syarat minum, ketika sedang minum atau selepas minum ketika masa menunggu tidak dibenarkan muntah.. huhuhu.. Payah sei.. Apapon, untuk rasa kurang loya, pastikan air gula itu x panas.. susah nak telan.. suam pon jenuh gak nak perabis. Minum perlahan-lahan bagi adjust dekat rasa.. bila da ok.. bleh teguk banyak-banyak... setelah itu. Menunggu lebih kurang 2 jam, baru ambil darah sekali lagi. Darah ini dipanggil Modified Glocose tolerance test atau MGTT.

Kandungan gula normal adalah di antara 3.5 ke 6.0mmol/L. Pemeriksaan pertama aku 3.6 mmol/L. Menurut kawan aku Dr Didi, kalau pertama normal.. InsyaAllah kedua pon normal.

Selain itu, hari ini aku terima imunisasi kedua tetanus/ toxoid.


Habis pemeriksaan.. Aku belasah roti telur dan roti banjir.. hahahaha.. anak dalam perut kesukaan sebab dapat makan.


Temujanji seterusnya adalah pada 13/1/16


Aku x berani bagitau bidan aku nak tukar pusat .. Bidan aku tu garang.

Oh ya.. Bidan aku nasihat:
  • Check pergerakan baby, kurang sepuluh terus ke hospital (in other words, sila update buku ya!)
  • Penyusuan ibu.. boleh mula belajar teknik memet bila dah masuk bulan ke sembilan. Jangan stress2.. kena positif susu ibu boleh kluar. walaupon amek masa 1-4 hari.
  • Kena ada famili planning selepas mengandung dan digalakkan buat pap smear setelah 3 bulan bersalin.. minimum masa.





Friday, May 2, 2014

My little cutie


My little cutie nice.. Zara Syasmeen. adorable kan?! pengarang jantung di rumah.. Ratu soprano di rmh... dia tiada.. sunyi...

Tuesday, March 25, 2014

Selasa hari yang tidak di sangka

Pagi ini.. aku dikejutkan dengan dua berita yang menyayat hati.

Pertama, secara rasminya MH370 telah terkorban di lautan hindi dan kedua, keputusan pembunuhan ikhwanul muslimin di mesir yang mengorbankan lebih 200 org. Allahu Akbar.


Tengahari, lawatan mengejut Bee ke ofis. tak terungkap perasaan. Senang/ susah hati. lebih kepada haru.. huhuhu... kenapa dia buat mcm itu. Surprised yg aku tak suka.. huhuhu... takpala.. blajar. .. menjadi satu lipatan memori .. kelak

Friday, February 28, 2014

If today is the last friday

Where shall I start,
Where shall I begin,
What shall I do,
What shall I think,
How do my life would be,
How do I approach to other people
If today is the last day

I will live my life to the fullest,
I will seek the opportunities that come upon,
I shall be good to everyone
I shall be nicer person
If today is the last day


Tuesday, February 25, 2014

Sukarnya berubah

Sukarnya berubah,
menukar sesuatu menjadi kebiasaan kepada yang asal
Aku rindu masa lalu

Sukarnya berubah
kerana mengikut kata hati

sukarnya berubah
melawan naluri diri

Monday, December 9, 2013

Filling time

As usual, lama tak up date blog. Nama jer ada blog.. pemalas nak update.

Aku baru start keje ari nie.. after 4 days of break (including saturday and sunday). Best gak, lama da rasa tak cuti.. tak kiralah.. gaji takder... yang penting aku nak release tension. Penat tak terkata. keje bagi nak gila. Appreciation kurang. Nasib baik boss kecik considerable, appreciate. Thank En. Shaiful.

Empat hari di rumah, but ku terfikir banyak bender. Apa yang aku da achieve within selama aku hidup ni. Dari satu kerja ke kerja lain. Part time, weekend, kontrak and full time... semua da rasa. tapi semuanya bidang kerja berbeza. Semua ada pro n cons. Ada jugak aku terfikir, worth it ke aku sambung master... kalau tak dah lama aku jadi lab manager. adakah aku kejar self satisfaction. Maybe true. Within along the journey, aku belajar banyak perkara.

Aku pon tak lama kat MARDI ni sampai januari. Kontrak pon nak abis. Perancangan asal buat phd.. Tapi aku tak mampu buat dengan entiti itu. fenat. Da tak larat kena marah selalu. Da tak larat nak impress. Aku buat full shot, x dapat appreciation. huhuhu.. Apa pon.. kena ingat Cik Fati.. anda buat kerja kerana Allah.

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku. Murahkan rezekiku. berkatilah rezeki yang kuperolehi ini. Redah jerla.. tengok apa jadi nanti.

Knowledge comes, but wisdom lingers.
Alfred Lord Tennyson


Tuesday, June 4, 2013

Verses

And whoever brings an evil deed (i.e. Shirk- polytheism, disbelief in the Oneness of Allah and every evil sinful deed), they will be cast  down (prone) on their faces in the Fire. (And it will be said to them:) "re you being recompensed anything except what you used to do?"

Monitoring oh monitoring

Masuk kali ini sudah kali kedua aku sertai monitoring. Berbanding sebelum ini, kali ini.. lebih tenang. Jauh di sudut hati, kerisauan tetp timbul. Result GSH tiada lagi. Pasteurization method tak meyakinkan. ya Allah permudahkanlah urusan kami.

Oh ya.. kat lab sekarang, aku ada kawan baru. Nama dia Zureen. Penemanku tatkala Za ke UPM.


Sunday, April 21, 2013

Kalau dah dinamakan rezki

Aku baru balik dari umrah lst wednesday. Went there on the 5/4 (Friday) and arrived Malaysia on the 16/4/2013. Seribu satu kenangan.. suka duka.. mengisi catatan dairi kehidupan. Moga ibadah umrah ku diterimanya.. Mabrur... Cemerlang..

Aku di sini ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman aku di sana. Semua adalah rezki yang Allah telah tentukan. Semua orang sedia maklum, pihak arab saudi telah mengetatkan visa kemasukan umrah especially kepada wanita bujang.. perlu ke sana ditemani mahram. Macam tak percaya jer dapat pergi. Alhamdulillah Visa aku diluluskan 3 hari sebelum pergi. Aku kesana bersama keluarga Maksu sebelah ibu. Maka dapat pergi sebab ditemani oleh dua orang yang dipercayai. Allah.. memberi laluan.. tanpa ku duga.. diberi kesempatan untuk naik business class. Alhamdulillah..

Destinasi umrah pertama adalah di Madinah. Ke sana selama 4 hari. MasyaAllah.. banyak sangat perubahan berbanding aku pergi tahun 1996 dulu. construction dlm Masjid Nabawi area Raudhah pon masih berjalan.

Selepas itu ke Mekah selama 8 hari. Perubahan yang banyak juga dapat dilihat disana..

Terima kasih kerana di beri kesana.. Allah Akbar.



Saturday, March 9, 2013

Bekerja vs belajar tetap

Kamu seronok berkerja di sini Fatiha?

Acapkali aku dapat soalan macam ni kat org opis for the first few month.. hehehe..dari TKP sampailah kpd boss kecik.. Jawapan aku.. Suker... banyak saya blajar.. sronok.. semua bender baru.. best... environment yang ok.. walupon kerja macam tak cukup tangan dan kaki nak cecah bumi.

Bagi aku.. apa pon kerja yang kita buat kenalah happy.. bila happy ikhlas pon datang. Kalau rasa susah... kena cari jalan supaya senang.. In life, there is no easy way. Lagilah bidang aku pilih nie.. aku rasa seronok..
KENAPA...

  1. Tak perlu nak jaga atie orang sgt.. sebab kerja aku melibatkan penyelidikkan.. kurang dosa sket.. mengumpat org.. balik2 jumpa microb atau machine.
  2. Dunia baru.. bioteknologi.. dulu asik idop dgn dunia penyakit.. kali nie satu kelainan..
  3. kadangkala kerja yang aku buat nie.. banyak buat aku insaf.. makin banyak bender aku tak tau.. makin aku rasa ilmu aku dapat nie sket sgt..
  4. Environment sekeliling tempt aku kerja buat aku bersyukur dengan nikmat yang aku perolehi.. Terima kasih tuhan.
  5. Tempat kerja aku best!! dalam kebun.. haahahha.. hijau jer.. jadi takleh stress lama2..
Betul kamu nak sambung bawah dia?

hahaha.. Aku sebenarnya tak terpikir nak sambung belajar dalam jangka masa terdekat nie sebab aku tak tau nak sambung apa. Tapi itulah.. tuhan punya kuasa.. aku kerje kat sini, ditawarkan sambung phd bawah Dr.... seorang saintis yang terkenal dalam bidang bioteknologi. telah menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Salah satunya minyak kelapa dara.. Semua orang kenal dia.. sikap dia.. Workoholic, perfectism.. but kind in her own way, sometimes a bit sarcastic. Memula tu memanglah susah.. tapi bila fikirkan balik.. Rugi aku tak ambik peluang ini. Selalu doa mohon yang terbaik dari Allah. Tapi bila datang yang terbaik.. Tak mo pula ambil sebagai cabaran yang positif. Sekarang.. InsyaAllah ok.. setelah membaca buku dari tulisan dr zaharuddin.. 'Jangan Berhenti Berlari'. Buat aku rasa satu cabaran.. Way to go!!


Aku dulu semangan macam tu.. Jadi seharusnya begitu kan...

Monday, January 28, 2013

Setahun membisu..

Da lama kot aku tak update entry. Reason? as usual.. sibuk, takder mood.. biler ader mood.. pc tak depan mata.. hahaha.. semuanya alasan sahaja.


Nie tiba2 mood datang untuk menulis blog datang balik. Thn baru nie.. InsyaAllah, aku akan sambung blajar balik. Hahaha.. macam tak caya jer kan.. Boss aku offer sambung phd dengan dia. Kali nie.. totally lari dari clinical. hahaha.. tahun 2013.. tahun merubah sgalanya.. almost 7 years in clinical. so kind of turning point, masuk food microbiology.. masuk field industry. Perkara yang tak pernah aku sangka kan.. yerla.. dari umur aku 12 thn kot.. aku semai minat in clinical field.. kali nie.. Memang berubah..

InsyaAllah.. projek aku .. mengenai probiotik.. buat minuman.. ala2 yoghurt.. jenis apa.. Shushhhh.. masih di rahsiakan. nanti bila da jadi product. Aku promote kat korang erk!

ok.. nanti aku sambung entri aku.. kali nie. mcm heavy sket.. milk fermentation.. InsyaAllah aku nak buat ala2 style journal,.. so nanti ada reference.. kat CV.. cewah..



~previu...

Monday, January 23, 2012

tahun baru, semangat baru

Sungguh lama utk aku update blog nie.. da nak masu bulan kedua untuk tahun 2012. Bermaknas sudah masuk 2 minggu aku da start bekerja sebagai pendidik di segi kolej subang jaya. So far, aku aku rasa ok.. seronok.. stress ada sket2 especially kat bdk yg tak mo dgr cakap. remind me in my dip year. Aku dulu nakal cam tu ke.. hehehhe.. ada satu student aku nama dia.. Nana.. resemble mcm aku moder2 dulu.. hehehhe.. sempoi.

So far.. ofis mate aku ok.. oh ya .. aku ajar diploma mlt. so.. hanay 2 org jer staf .. aku dgn Mega. Aku kena ajar 4 subjek... and the toughest one.. histopathology... huhuhu.. remind me of my xboss.. Dr Navin. tuela.. tak suka.. x suka sgt.. hambik ko.. ajar subjek dia. hahahaha.

Hari ini adalah chinese new year. Happy chinese new year to all my friends and my boss. thn nie.. thn naga air.. semoga memberi luck.. kepada semua org.. hoping 2 of my wishes come true.. huhuhuhu..


Thursday, December 15, 2011

Satu catatan

Semalam masa go through tafsiran ayat, pass by this versa.. dari surah Taha ayat25-28. Briely, sebelum sampai ayat ini, menceritakan tentang Allah menyuruh Nabi Musa a.s untuk bertemu Firaun.. dan Nabi Musa berdoa dengan doa ini....

Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku,
Dan mudahkanlah bagiku tugasku
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
Supaya Mereka faham perkataanku....


SubhanAllah.. dalam aku kegusaran untuk menghadapi tugas baru, Allah buka kan hati ku untuk menemui ayat ini.. Doa yang selalu aku baca sebelum nak baca quran. Huhuhu.. Terima kasih kerana memberi secebis kasih Mu ya Rabb..

Monday, December 12, 2011

K.A.W.E.N

Subjek ayng aku tak bleh lari skarang. huhuhu... sampai mamak kat kedai tadi tegor..

Mamak: Ari tu kawen .. u ka?
Aku: Bukan2 .. adik saya.
Mamak: u suda kawen.. ?
Aku: Belum..
Mamak: bila mau kawen?.. adik suda kawen..
Aku: nanti saya kawen.. saya jemput mamak..
...............

da la tego aku depan customer lain... segan.. sob sob sob..

aku pon kena scene lebih kurang sama dgn aunti maria.. haiyak...

Bukan aku tak mo kawen. It just keadaan buat aku susah untuk membuat keputusan sebegitu... buat masa ini. Siapa tak mau kawen.. umur pon da.. kire bleh sangat2 da nak kawen.. utk org mlayu.. kire da lajak kot.. tapi taklah lajak sangat. huhuhu.. susah betul jadi orang melayu.


aku bukan cerewet... cuma berhati2. Selepas dengan 'orang itu'. Macam susah aku nak put trust to others and the main important to trust myself to commit again. Bukan aku penakut. It just the wound is still deep. Tapi aku percaya aturan Allah itu tepat, dan setiap yang terjadi, ada hikmah dia tersendiri.

Ya Allah kepadamu ku berserah dan kepada mu ku mohon pertolongan.....

Thursday, December 8, 2011

The feeling

Sangat nervous.. menanti jawapan dari pihak segi... dapat ke tak dapat? huhuhu

Tuesday, November 22, 2011

Are you judgemental??

Da dua ari aku tangguh untuk bawak topik nie.. judgemental. Being judgemental or not judgemental.. all of these are based on perspective.

Aku pon tak terlepas dari being judgemental person. being judgemental dengan orang yang pakai tudung dgn tak pakai tudung.. i meant yg chipsmore punya style. nie yg rasa nak balik UK balik.. jadi orang kurang judge..


Friday, October 28, 2011

kebetulan atau satu trend.....

Sejak kebelakangan nie aku terperasan
Ada segelintir manusia
Berubah untuk mengenal Dia
tatkala hari nikah samakin dekat
Baguslah begitu
Berubah menjadi insah yang lebih bagus
Tetapi
Janganlah sampai takat situ jer..
da habis nikah
Berhenti mencari Dia
Tak bestlah gitu..


Aku pon masih belajar dari Dia
Masih lagi terumbang -ambing
Tapi aku berharap dan masih mengharap
Semoga aku terus kekal dalam
Ketukan itu.

Buat Insan yang mahu berubah
Jangan setakat cakap jer
laksanakan
baguslah berkongsi
jangan bila terjadi sesuatu perkara baru ingat Dia
Jangan time susah jer baru Ingat dia (aku pon camtuh gak)
Reminder untuk diri aku ni jugak

~ramai orang mampu bersabar, Tapi hanya sedikit yang mampu bersyukur~Hadis Nabi.


Monday, October 24, 2011

10 Soalan sebelum berkahwin


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas


Source: I luv Islam

Sunday, October 23, 2011

Viva oh Viva

Counting days..
Nervous+ scared= mix feeling
unable to reveal...


O Allah,
help me to ease the way
with ur guidance

Aminn ya Rabb..

Wednesday, October 5, 2011

Where do we begin??

Common question we heard in daily life. Where Do we Begin? "Do we have to start over here or over there.. would it possible to be that way.. Nahh.. that way i guess.." An early step is a stepping stone to others.

By the way, got the opportunity to attend a talk by Imam Shuaib Webb.. Where do we begin? such a short yet actually required many things to ponder upon.

The next question.. Who do we begin first?

Answer.. Allah
............. Prophet Muhammad S.A.W
and.. Comply it with Syariah..

H
ow do we do it??? ~again question...

hehhehe.. thats human nature, full of question (Rite?) How do we begin with Allah?


Remember as a kid.. we used to hear and sang the famous song of sifat- sifat Allah..

Allah
Wujud
Qidam
Baqa
Mukhalafatuhu Lilhawadithi
Qiyamuhu Binafsihi
Wahdaniah
Qudrah
Iradah
Ilmun
Hayat

We just sang.. but we failed to understand.. just memorizing it. Rite? Same goes to me.. As beginner.. To know Allah is to learn about Allah.. it is just like we have a crush wif someone.. we would like to go to know that particular person in details Rite? Thus as beginner.. we need to study the sifat-sifat Allah..

Look at the sifat-sifat Allah.. the word ilmun.. from the root word of Ilm (arabic), ilmu (malays) and knowledge (english).. and it means something fix..

Within this.. there's a thing called Makrifah.. from the root word of arabic (Arf).. which means smell (sense).. For an example.. we wake up early in the morning.. we smell something good fom the kitchen.. Wondering what mum cooks today?... as we sense.. Ahhhahhaa.. 'Mak masak nasi lemak la.." ur nose. started to smell the aroma of nasi lemak.. that sense we called Makrifah... is like an idea..

Hence knowledge and makrifah is important to come together.. Knowledge without Makrifah is nothing.. because it just there.. Makrifah didn't always come together with knowledge.

The beauty of islam is by engaging their mind (where makrifah comes) with the knowledge their gained.

Ibn Jazari have told in one of his prominent hadith.. Aqal is the greatest tool that Allah grant to so called human. But we as human.. did we apply it as max as we can go?

Hence, in life..when we're confused.. turn to Him.. as he will reply all the answers to all the question we're looking for. Insyallah, He will blessed with His Makrifah.. which in turned creates personality ( Being a better human indeed). However, this personality also were influenced by following syariah.

What is Syariah? An islamic guidelines based on Al-quran and As- Sunnah.

Hence, when we follow the syariah.. and we learn the knowledge and eventually get the makrifah.. Alhamdullilah we will be a good muslim (as an individual).

That is when we were as individual. How about our role as an ummah (community)?

When is the first time people unite together? When.. Islam were introduced to the world. Lots of American philosopher have introduce all the ideas to unite together.. but none of them have failed, and eventually they will turned and see that Islam is the only religion that able to unite all people without looking forward to races, colours and backgrounds.. everyone is the same.. and the difference is on their iman.. and only Allah knows that.

Hence, we have to follow the syariah that have been provided. What is the gold standard of syariah? Something that is benefit without harming other people.

What is the greatest Ummah Theory?

  • We have to inspired our life before we inspired by others. This is when the ilm and makrifah comes together.
  • When you do something.. DO it as best as you can.
  • Appreciate the trust that have been build it..
Remember.. Building something is harder than destroying it!!





until now.. got a bit of additional info here and there.. good things come from him.. and the bad things come from me..

















However.. lets keep it short..