Blogger Layouts

Thursday, December 15, 2011

Satu catatan

Semalam masa go through tafsiran ayat, pass by this versa.. dari surah Taha ayat25-28. Briely, sebelum sampai ayat ini, menceritakan tentang Allah menyuruh Nabi Musa a.s untuk bertemu Firaun.. dan Nabi Musa berdoa dengan doa ini....

Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku,
Dan mudahkanlah bagiku tugasku
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
Supaya Mereka faham perkataanku....


SubhanAllah.. dalam aku kegusaran untuk menghadapi tugas baru, Allah buka kan hati ku untuk menemui ayat ini.. Doa yang selalu aku baca sebelum nak baca quran. Huhuhu.. Terima kasih kerana memberi secebis kasih Mu ya Rabb..

Monday, December 12, 2011

K.A.W.E.N

Subjek ayng aku tak bleh lari skarang. huhuhu... sampai mamak kat kedai tadi tegor..

Mamak: Ari tu kawen .. u ka?
Aku: Bukan2 .. adik saya.
Mamak: u suda kawen.. ?
Aku: Belum..
Mamak: bila mau kawen?.. adik suda kawen..
Aku: nanti saya kawen.. saya jemput mamak..
...............

da la tego aku depan customer lain... segan.. sob sob sob..

aku pon kena scene lebih kurang sama dgn aunti maria.. haiyak...

Bukan aku tak mo kawen. It just keadaan buat aku susah untuk membuat keputusan sebegitu... buat masa ini. Siapa tak mau kawen.. umur pon da.. kire bleh sangat2 da nak kawen.. utk org mlayu.. kire da lajak kot.. tapi taklah lajak sangat. huhuhu.. susah betul jadi orang melayu.


aku bukan cerewet... cuma berhati2. Selepas dengan 'orang itu'. Macam susah aku nak put trust to others and the main important to trust myself to commit again. Bukan aku penakut. It just the wound is still deep. Tapi aku percaya aturan Allah itu tepat, dan setiap yang terjadi, ada hikmah dia tersendiri.

Ya Allah kepadamu ku berserah dan kepada mu ku mohon pertolongan.....

Thursday, December 8, 2011

The feeling

Sangat nervous.. menanti jawapan dari pihak segi... dapat ke tak dapat? huhuhu

Tuesday, November 22, 2011

Are you judgemental??

Da dua ari aku tangguh untuk bawak topik nie.. judgemental. Being judgemental or not judgemental.. all of these are based on perspective.

Aku pon tak terlepas dari being judgemental person. being judgemental dengan orang yang pakai tudung dgn tak pakai tudung.. i meant yg chipsmore punya style. nie yg rasa nak balik UK balik.. jadi orang kurang judge..


Friday, October 28, 2011

kebetulan atau satu trend.....

Sejak kebelakangan nie aku terperasan
Ada segelintir manusia
Berubah untuk mengenal Dia
tatkala hari nikah samakin dekat
Baguslah begitu
Berubah menjadi insah yang lebih bagus
Tetapi
Janganlah sampai takat situ jer..
da habis nikah
Berhenti mencari Dia
Tak bestlah gitu..


Aku pon masih belajar dari Dia
Masih lagi terumbang -ambing
Tapi aku berharap dan masih mengharap
Semoga aku terus kekal dalam
Ketukan itu.

Buat Insan yang mahu berubah
Jangan setakat cakap jer
laksanakan
baguslah berkongsi
jangan bila terjadi sesuatu perkara baru ingat Dia
Jangan time susah jer baru Ingat dia (aku pon camtuh gak)
Reminder untuk diri aku ni jugak

~ramai orang mampu bersabar, Tapi hanya sedikit yang mampu bersyukur~Hadis Nabi.


Monday, October 24, 2011

10 Soalan sebelum berkahwin


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas


Source: I luv Islam

Sunday, October 23, 2011

Viva oh Viva

Counting days..
Nervous+ scared= mix feeling
unable to reveal...


O Allah,
help me to ease the way
with ur guidance

Aminn ya Rabb..