Semalam tiada klas talaqi, digantikan dengan pengisian lain.. Setelah solat maghrib, kuliah maghrib sempena ramdhan, terdapat sessi soalan ttg berpuasa di dalam ramadhan, dan disampaikan oleh Mufti Besar selangor, Dato' Setia Hj. Mohd Tamyes. Banyak juga kupasan yang di buat.. huhuhu. banyak juga kesilapan yang telah aku lakukan... Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Insyallah. ..
Amalan sunat yang dilakukan oleh Rasullulah s.a.w sepanjang bulan ramadhan (dipetik dari soal jawab agama dari portal jabatan mufti, http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Ibadat/SoalJawabIbadat5.htm)
- Perbanyakkan sedekah jariah terutamnya kepada fakir miskin.
- Perbanyakkan zikrullah.
- Berdoa kepada Allah S.W.T
- Melakukan Solat 5 waktu secara berjemaah di masjid.
- Sentiasa melakukan muhasabah diri.
- Duduk beriktikaf di dalam masjid.
Lepas solat isya', berkesepatan bertemu denga Sheikh Haji Abdul Qader Leong, penulis buku tajwid. Orangnya sungguh tawadhuk (humble), aku yang melihat rasa sungguh malu.. huhuhu melihat peribadinya itu yang sungguh begitu rendah diri..
No comments:
Post a Comment