Blogger Layouts

Thursday, December 15, 2011

Satu catatan

Semalam masa go through tafsiran ayat, pass by this versa.. dari surah Taha ayat25-28. Briely, sebelum sampai ayat ini, menceritakan tentang Allah menyuruh Nabi Musa a.s untuk bertemu Firaun.. dan Nabi Musa berdoa dengan doa ini....

Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku,
Dan mudahkanlah bagiku tugasku
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
Supaya Mereka faham perkataanku....


SubhanAllah.. dalam aku kegusaran untuk menghadapi tugas baru, Allah buka kan hati ku untuk menemui ayat ini.. Doa yang selalu aku baca sebelum nak baca quran. Huhuhu.. Terima kasih kerana memberi secebis kasih Mu ya Rabb..

Monday, December 12, 2011

K.A.W.E.N

Subjek ayng aku tak bleh lari skarang. huhuhu... sampai mamak kat kedai tadi tegor..

Mamak: Ari tu kawen .. u ka?
Aku: Bukan2 .. adik saya.
Mamak: u suda kawen.. ?
Aku: Belum..
Mamak: bila mau kawen?.. adik suda kawen..
Aku: nanti saya kawen.. saya jemput mamak..
...............

da la tego aku depan customer lain... segan.. sob sob sob..

aku pon kena scene lebih kurang sama dgn aunti maria.. haiyak...

Bukan aku tak mo kawen. It just keadaan buat aku susah untuk membuat keputusan sebegitu... buat masa ini. Siapa tak mau kawen.. umur pon da.. kire bleh sangat2 da nak kawen.. utk org mlayu.. kire da lajak kot.. tapi taklah lajak sangat. huhuhu.. susah betul jadi orang melayu.


aku bukan cerewet... cuma berhati2. Selepas dengan 'orang itu'. Macam susah aku nak put trust to others and the main important to trust myself to commit again. Bukan aku penakut. It just the wound is still deep. Tapi aku percaya aturan Allah itu tepat, dan setiap yang terjadi, ada hikmah dia tersendiri.

Ya Allah kepadamu ku berserah dan kepada mu ku mohon pertolongan.....

Thursday, December 8, 2011

The feeling

Sangat nervous.. menanti jawapan dari pihak segi... dapat ke tak dapat? huhuhu

Tuesday, November 22, 2011

Are you judgemental??

Da dua ari aku tangguh untuk bawak topik nie.. judgemental. Being judgemental or not judgemental.. all of these are based on perspective.

Aku pon tak terlepas dari being judgemental person. being judgemental dengan orang yang pakai tudung dgn tak pakai tudung.. i meant yg chipsmore punya style. nie yg rasa nak balik UK balik.. jadi orang kurang judge..


Friday, October 28, 2011

kebetulan atau satu trend.....

Sejak kebelakangan nie aku terperasan
Ada segelintir manusia
Berubah untuk mengenal Dia
tatkala hari nikah samakin dekat
Baguslah begitu
Berubah menjadi insah yang lebih bagus
Tetapi
Janganlah sampai takat situ jer..
da habis nikah
Berhenti mencari Dia
Tak bestlah gitu..


Aku pon masih belajar dari Dia
Masih lagi terumbang -ambing
Tapi aku berharap dan masih mengharap
Semoga aku terus kekal dalam
Ketukan itu.

Buat Insan yang mahu berubah
Jangan setakat cakap jer
laksanakan
baguslah berkongsi
jangan bila terjadi sesuatu perkara baru ingat Dia
Jangan time susah jer baru Ingat dia (aku pon camtuh gak)
Reminder untuk diri aku ni jugak

~ramai orang mampu bersabar, Tapi hanya sedikit yang mampu bersyukur~Hadis Nabi.


Monday, October 24, 2011

10 Soalan sebelum berkahwin


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas


Source: I luv Islam

Sunday, October 23, 2011

Viva oh Viva

Counting days..
Nervous+ scared= mix feeling
unable to reveal...


O Allah,
help me to ease the way
with ur guidance

Aminn ya Rabb..

Wednesday, October 5, 2011

Where do we begin??

Common question we heard in daily life. Where Do we Begin? "Do we have to start over here or over there.. would it possible to be that way.. Nahh.. that way i guess.." An early step is a stepping stone to others.

By the way, got the opportunity to attend a talk by Imam Shuaib Webb.. Where do we begin? such a short yet actually required many things to ponder upon.

The next question.. Who do we begin first?

Answer.. Allah
............. Prophet Muhammad S.A.W
and.. Comply it with Syariah..

H
ow do we do it??? ~again question...

hehhehe.. thats human nature, full of question (Rite?) How do we begin with Allah?


Remember as a kid.. we used to hear and sang the famous song of sifat- sifat Allah..

Allah
Wujud
Qidam
Baqa
Mukhalafatuhu Lilhawadithi
Qiyamuhu Binafsihi
Wahdaniah
Qudrah
Iradah
Ilmun
Hayat

We just sang.. but we failed to understand.. just memorizing it. Rite? Same goes to me.. As beginner.. To know Allah is to learn about Allah.. it is just like we have a crush wif someone.. we would like to go to know that particular person in details Rite? Thus as beginner.. we need to study the sifat-sifat Allah..

Look at the sifat-sifat Allah.. the word ilmun.. from the root word of Ilm (arabic), ilmu (malays) and knowledge (english).. and it means something fix..

Within this.. there's a thing called Makrifah.. from the root word of arabic (Arf).. which means smell (sense).. For an example.. we wake up early in the morning.. we smell something good fom the kitchen.. Wondering what mum cooks today?... as we sense.. Ahhhahhaa.. 'Mak masak nasi lemak la.." ur nose. started to smell the aroma of nasi lemak.. that sense we called Makrifah... is like an idea..

Hence knowledge and makrifah is important to come together.. Knowledge without Makrifah is nothing.. because it just there.. Makrifah didn't always come together with knowledge.

The beauty of islam is by engaging their mind (where makrifah comes) with the knowledge their gained.

Ibn Jazari have told in one of his prominent hadith.. Aqal is the greatest tool that Allah grant to so called human. But we as human.. did we apply it as max as we can go?

Hence, in life..when we're confused.. turn to Him.. as he will reply all the answers to all the question we're looking for. Insyallah, He will blessed with His Makrifah.. which in turned creates personality ( Being a better human indeed). However, this personality also were influenced by following syariah.

What is Syariah? An islamic guidelines based on Al-quran and As- Sunnah.

Hence, when we follow the syariah.. and we learn the knowledge and eventually get the makrifah.. Alhamdullilah we will be a good muslim (as an individual).

That is when we were as individual. How about our role as an ummah (community)?

When is the first time people unite together? When.. Islam were introduced to the world. Lots of American philosopher have introduce all the ideas to unite together.. but none of them have failed, and eventually they will turned and see that Islam is the only religion that able to unite all people without looking forward to races, colours and backgrounds.. everyone is the same.. and the difference is on their iman.. and only Allah knows that.

Hence, we have to follow the syariah that have been provided. What is the gold standard of syariah? Something that is benefit without harming other people.

What is the greatest Ummah Theory?

  • We have to inspired our life before we inspired by others. This is when the ilm and makrifah comes together.
  • When you do something.. DO it as best as you can.
  • Appreciate the trust that have been build it..
Remember.. Building something is harder than destroying it!!





until now.. got a bit of additional info here and there.. good things come from him.. and the bad things come from me..

















However.. lets keep it short..

Saturday, September 17, 2011

D boys WEDDING

Lama da aku biarkan blog ini bersarang.. ari tuh kejar dateline submit thesis.. Alhamdullilah da hantar on d 7/9/11.. ehh br aku prasan.. cantik gak no tuh :P

Habis jer submit.. soknyer.. aku trus shoot ke klantan.. rombongan nikah d boys.. awi n ebal.. on d 9/9/11.. alhamdullilah.. depa da slamat menikah.. tinggal kenduri sbelah sini on d 24/9/11.

Skaran.. mood menolong mak aku preparation kawen. Tolong ker? tolong kecoh ada la.. hehehe.. penat gak sket.. Mcm rasa aku lak yg nak kawen.. huhuhu.. banyak gak kerja.. hurmm.. dulu aku tak faham.. knapa.. majlis kawen kat mesia nie renyah semacam.. Sekarang baru aku realize... knapa.. n aku sendiri yg jd cerewet tentang perkara itu. Aku pon tak tau.. camner aku bleh seropa sama itu makcik2.... i meant pemikiran.. mmg cuba untuk sesimple munkin.. tp ada beberapa perkara yang tak bleh nak avoid. haishh.. terpk aku.. susah gak kalau kawen takder duit. huhuhu.. tp itulah rezki tuhan.. dtg secara tetiba2.. ;)

Tuesday, August 23, 2011

Nilai kemanusiaan

Sedih aku dengar berita kat TV3 tadi.. Two stories that shouldn't happen during Ramadhan...

1) Bapa tolak anak ke dalam lombong yang menyebabkan kematian..

2) Bapa kelar anak sendiri...

Masyallah.. Apa nak jadi .. nie


Belum lagi bab bapa rogol anak.. Nauzubillah..

Ya Allah... bagaimana nasib umatmu ini...

Friday, August 19, 2011

S.E.N.Y.U.M

Hanya dengan sebuah senyuman,
segala kepenatan seperti hilang,
segala keributan menjadi tenang,

Tuela.. senang2 orang tue dapat pahala..
Semoga Allah memudahkan urusanMu ... amin



Wednesday, August 17, 2011

releksla..


Aku tak faham...
Napa orang tue nak sentap...
Nak lari2.. eleksla..
bukan aku main kejar2.. pom
ker aku yg mood sentap...
Memang sentap pon.. kejar date line..
sempat nak huha huha... hahha
Iftar kat luar dgn bebdk lab 409.
Happening!!
Tq guys..


Apa pon.. eleksla kawan..
things happen wif reason..
apa pon.. kejar dateline dulu...


Saturday, August 13, 2011

Kasih seorang Adik

Di suatu tengahari....

Adik: kak, tadi adik beli buku PTS..
Kakak: apa tuh??
Adik: ala.. novel.. td diorang dtg jual buku.. adik beli buku .. mcm citer kau dan aku..
kakak: erk???
adik: Jap adik ambik..


maka.. adik berlarian mengambil buku itu..

adik: nah...
kakak: huh?? buku cinta.. ehh.. adik kecik lg.. mana bleh baca buku mcm nie..
adik: ala.. dia ada jual buku nie.. lgpon besday akak ari tuh.. adik tak beli apa2 pon lg.. ~
kakak: (speechless) lor.. brapa harga?
adik: RM14..
kakak: Huh??!!! Mana adik dpt duit byk2 nie..
Adik: abah n ma bg..
kakak: (sambil tepuk dahi) Ya Allah.. sabo jerla.. adik.. len kali tak yah beli buku mcm nie.. beli buku adik.. mahal nie,. apa pon.. terima kasih erk.. (terharu.. tak terkata apa2)..



haishhh....

Tuesday, August 9, 2011

17 hari lagi

Aku rasa da nak muntah.
Kepala aku rasa da nampak bintang.
Keje giler menghabiskan writing dalam masa 17 hari lagi.
Tapi itu jer jalan yang di beri..
Redah jer la...


*sakit otak aku wei*

Wednesday, July 27, 2011

Nama baru

Yeay!!! aku dah jumpa nama baru.. nak panggil orang tue. SERI MURNI... kikikiki

Monday, July 25, 2011

nak lari boleh??

Kalau terjumpa.. atau jumpa dia mesti sakit kepala. adohai.. camner nie.. tak tau camner nak elak.. kena face it jugak!

Monday, July 4, 2011

Pelangi petang





















Pelangi petang,
Indah di pandangan,
tak munkin dapatku gapai,
hanya dapat direnung dan dipuja
dari kejauhan, memberi sinar pada hati yang sedang galau.

Oh pelangi petang,
bias warnamu memukau pada setiap mata yang memandang
Kemilau mu mengusik setiap hati yang memandang
Hadirmu di kala badai hati meruntun jiwa.

Walau seketika,
hadirmu menyinar sebahagian dari pemujamu..
pelangi petang...

Thursday, June 23, 2011

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Mama kata, mendidik anak zaman dahulu dan zaman sekarang berbeza. Konsep dan kaedah pon berbeza. Anak- anak zaman sekarang tak macam zaman dulu. Mudah sensetif dan punya idea tersendiri. Begitulah katanya, tatkala aku dan mama sedang memasak di dapur. Walaupon aku belum berkeluarga, tapi aku punya dua orang adik yang masih bersekolah, akibat perbezaan umur kami yang besar. Aku dan adikku yang bongsu, beza umur 20 tahun. huhuhu.. Jauhkan.. Jom kita check apa yang perlu dibuat dalam pembentukkan mereka. Perkara ini diaplikasikan kepada yang sudah punya anak.. tapi bleh juga dicedok.. dlm membeli hati adik :P

Anak- anak adalah sahabat

Jadikanlah mereka sahabat anda apabila mereka sudah mula bersekolah. Bersahabatlah seperti mana kamu bersahabat dengan orang lain. Lahirkan pujian terhadap kelebihan sahabat yang dimiliki, tahu membuat lawak jenaka dan bersikap terbuka terhadap mereka. Sorry ya adik and aiman, kakak selalu fikir yang ur alwiz kid. Harus mendengar kata. sob sob sob.



Budayakan sikap menghormati





Ucapan terima kasih dan memberi penghargaan serta hormat pada anak- anak (Ini aku buat kat diorang, sekali skala... pass). Sesekali, libatkan mereka dalam urusan keluarga yang besar sebagai langkah memberi keyakinan pada mereka. Ini secara tidak langsung memberi mereka peluang untuk membuat keputusan mereka sendiri.





Jadilah Pendengar Setia




Ambillah peluang mendengar perkara- perkara yang paling penting dalam hidup anak- anak. Kepentingan ini berubah- rubah mengikut peringkat. Ulang semula apa yang di perkatakan dalam bahasa paling ringkas, supaya menunjukkan kita memahami apa yang cuba di salurkan. ( Rasanya aku kena practisekan yang ini).

Sekiranya anak- anak sudah meningkat, beri mereka peluang untuk memberi pendapat. Kebiasaanya, mereka mempunyai keupayaan dalam memberi pandangan. Namun begitu, harusla selektif.

Selain itu, berilah ganjaran terhadap kebaikan atau satu tindakan yang bagus sebagai satu dorongan. Namun begitu, harusla selaras dengan tindakan yang di lakukan (already did it. Yeay!!).

Luangkan masa berbual

Kegagalan berkomunikasi dalam keluarga sering dikaitkan dengan kegagalan anak- anak mendengar kata ibubapa. Ambil dan cari peluang berbual dengan anak, walaupun dalam masa sebentar. Ini boleh dilakukan dengan bertanya tentang apa yang berlaku di sekolah.

Tuesday, June 14, 2011

Doaku, Harapanku, Misiku

Ya tuhanku,

Jika aku dambakan suami semulia Rasullulah S. A. W,
Lalu harus aku akan cuba menjadi sehebat Khadijah.

Jika aku inginkan suami sehebat Sulaiman,
Maka harus aku ingin menjadi isteri secantik Balqis.

Jika aku inginkan suami setampan Yusuf,
Lalu harus aku ingin menjadi isteri yang kasihnya setulus Zulaikha.

Jika aku inginkan suami seteguh Ibrahim,
Lalu harus aku sekuat Hajar.

Jika aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali,
Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah.

Sunday, June 5, 2011

Silaturrahmi


Silaturahmi (indonesian)/ Silaturrahim(Malaysian) adalah suatu yang amat- amat dituntut. Kata nenek dan arwah atok.. silaturrahim hendaklah dijaga.. Atas sebab itulah, aku beserta kedua orang tuaku mengunjungi keluarga kami di Indonesia. Surprising kan!! hehehe.. masa aku kat kaunter imigresen pon.. diorang tak caya.. tapi nak wat camner.. Famili ibuku masih ramai di sana. Since aku ini anak pompuan sulung, pastu arwah atok anak lelaki sulong.. jadi wakilkanlah keluarga dari malaysia mengunjungi majlis resepsi saudara ku di sana.

Saudaraku yang bernama Yeni Laskmi Putri telah selamat diijabkabulkan pada tanggal 23 Mei 2011 di rumahnya di Cijantung, Jakarta Timur. Majlis resepsinya pula diadakan pada tanggal 28 Mei (sabtu) di Gedung Balai Komando Kopassus, Cijantung, Jakarta Timur. Majlis diadakan menurut adat Sunda (her husband side). Gambar disebelah adalah grand entrance sebelum majlis bermula. Aku sangatlah teruja.. Different culture..




Kalau di Malaysia, majlis makan ada kerusi meja.. Di sana, seperti menghadiri majlis Koktail.. tetamu berdiri.. Walaupon begitu, terdapat sudut khas VIP.. kire.. mcm kat mesia.. ada kerusi meja.. aku dan parents diminta duduk di kawasan VIp.. tetamu khas dari Malaysia... cewahh.. Feel honoured. Thanx ya! nampak meriahkan.. hehehe.. tapi.. aku gi jejalan .. takder menepek kat meja VIP.. mau rasa suasana di sana.. ;)


Gamba sebelah adalah pelamin. Kerusi di tengah adalah untuk pengantin bersanding. Disebelah kanan untuk parents pengantin lelaki, manakala di sebelah kiri parents pengantin perempuan. Semua pakai Fresh flowers.. perghh..











Searian aku disana.. dan alhamdullilah.. saudaraku di bandung dan jakarta.. kebanyakkannya.. datang.. jumpala aku famili besar di sana. bersyukurku..

P/s nanti aku sam bung entri lain..

Wednesday, May 18, 2011

Segan tapi mahu

Segan bertapak lagi,
Makin cuba elak,
Makin kerap bertandang,
Serba salah jadinya.

Bukan di pinta,
tapi andai itu takdir-Nya,
Ku relakan jua,
Mohon keputusan yang diberikan kali ini
adalah tepat masa dan tika-Nya.

Thursday, May 12, 2011

Thirty is early


Hasil kutipan pada hari ini...



Bunga ini diberi oleh Bos aku terchenta Dr Hana.. siap wat surprised celebrate dgn cupcake yang comel.. very sweet of her. Gracias Dr Hana





...






Kat rumah celebrate dengan simple.. awi bought pastries, ma masak bubur pulut hitam.. ~nice.










Present from Mr Daddy.. Buku buat santapan rohani dan jasmani.. thanx abah.. muahkss.. Jam tangan from my beloved Bro, Awi.. thanx ya.. memang suka .. da lama teringin.. hik hik hik





Happy birthday to my other twins..

Angah n Ummu.. Have a blast!!

























Tuesday, May 10, 2011

Selasa Yang sangap


Aku tak tau kenapa aku allergic ari selasa... huhuhu.. patutnya ari isnin.. tapi aku ari selasa.. kalu ari selasa jer.. mesti mood aku jatuh merundum.. nak buat keje... cam takder mood.. uwaa... camner nie.. LR aku kena anta ari nie.. plasmid aku pon x run lg.. pastu kena wat account lg utk bos aku.. haiyak...

Rasa tak semangat sebab mimpi mlm td.. Mimpi Cek E... da dua mlm berturut- turut.. haishhh... tak sukanya... mainan tido kot.. sebab sbelum tido.. ngutuk dia dulu... hahaha.. mana tak bawa ke mimpi. Pastu bleh mimpi kena gigit dgn batman plak.. arghh.. apakah.. pelik siut.

Pastu.. pg tue.. konon2 semangat nak ambik baju baru aku kat Tailor.. sebab smalam gi.. makcik tuh da balik.. Aku call la dia.. skali dia bgtau aku... ADIK BAJU ADIK TAK SIAP LAGI. argggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! menambah bengang la aku.. aku angan2 nak pakai baju baru aku pada hari bersejarah aku.. dia kata janji khamis nie siap.. nie yg aku malas nie.. da dekat 2 BULAN kot. Nie.. camner mlayu nak maju nie.. biler first impression kat customer macam nie.. hangin jer satu badan.. betul2 buat aku ilang mood. Kalau dia buat baju aku x cantik. SIaplah... aku nak PALANG.. kedai tu besar2...


Ari nie bos aku soh aku audit and order barang banyak2.. geramnya pasal.. takder moodnyer pasal.. aku buat keje aku kat Mc D.. habis diet aku...

Saturday, May 7, 2011

Let Faith speak


Bleh ke nak totally serahkan pada faith, kalau tak berusaha.. tak blehkan.. kena berusaha.. Tapi kalau berusaha.. tak yakin.. tetap tak jadi juga.. so camner??


redah je... percaya pada hati...

Sunday, April 10, 2011

Minggu kawen

Semalam n ari nie aku g kenduri kawen.. Mlm td, temankan kakcik gi wedding kawan dia kat tropicana.. huhuhu.. muda-muda da kawen.. tp alhamdullilah ketemu dengan calon jodoh yang baik.. kire yg datang pon bukan calang- calang orang. Betulla Lelaki baik untuk perempuan yang baik... Kawan2 yg rapat dengan kakcik.. mostly bagus... uwaa... bagusnya.... theyre deseerved it

oh ya jumpa Kak Gee dan Dr Faiz.







Comelkan...

Wednesday, April 6, 2011

Hari menguji kesabaran

Ari nie mood nak siapkan semua kerja terbengkalai.. sekali.. semua kerja tak jadi. Bengang sei.. Memula thought of continuing to culture yesterday sample, tp laminar flow ada org guna. so, beralih kepada kerja seterusnya.. buat M9 media untuk revive bakteria, bg nutrient tambahan kat anak2 yg tengah nak membesar ( bakteria2 aku yg da lama idop dormant). carilah sgala rempah ratus.. skali tuh , satu chemical takder.. kwn aku ckp.. dia da transfer kat dlm botol in liquid form ( terbaeklah!!). anyway.. aku pon bancuh.. skali tak jadi!!! bertambahla rasa sengal... itu takper,, buat la endnote.. reference thesis aku.. kena download.. skali.. line plak slow nak mampos!!! so.. terbaekla.. bengangnya pasal...nasib baik, nysya ajak kuar.. apa lg.. giela lepak.. sambil destresss.. kat mana???





Aku suka lepak kat sini sebab food dia ok.. kari dia pon sedap!!

Sunday, April 3, 2011

SURATAN ATAU KEBETULAN - KENNY, REMY & MARTIN

hidup untuk berehat

Ari nie satu ari aku spend masa untuk berehat kaw kaw.. huahuahuahua.. lepas say goodbye kat parents ku yg gi wedding kat ipoh. AKu pon stat misi melihat Letters for Juliet. huhuhu.. romantic story. Sangat touching.. Mengisahkan seorang penjejak kebenaran yang bernama Sophie, ala-ala reporter for the New Yorkers membuat liputan tentang cinta sejati atau true love. nak cakap bhasa mlayunya.. cam geli jer. hehehhe.... Dlm kisah nie.. dia dan tunangnya bercuti ke Verona, kononya pre-honeymoon. It turn out.. sampai sana masing2 buat hal masing2. Tunang dia dgn misi.. mencari supplier barang untuk restoran dia yang baru buka. SO... dalam masa mengisi masa lapang yang ada, si Sophie nie.. gi lah mlawat satu tempat nama dia Juliet.. kat sini, semua perempuan sluruh ceruk tempat mesti singgah sini, untuk meluahkan rasa cinta di hati melalui surat ( uwaa... macam best, kalu aku tau dulu...masa undergrad.. mesti aku singgah Verona nie). time dia nak meluahkan rasa kat surat tue.. da petang, jadi, adala sorang lady nie.. mengutip surat kat Juliet nie... Sophie pon hairan dan terkejut.. Habis jer segala surat dia kutip.. dia pon bawa surat ni pergi... Si Sophie nie pon ikut... sampailah ke suatu ofis... dalam tue ada 4 org. Dia pon bertanya, siapa mereka.. kenapa surat itu di bawa kesitu.. d lady yg bawa surat tu terangkan... diorang adalah Secreatary of Juliet, tugas diorang adalah menjawab segala masalah cinta yang telah diutarakan... huhuhuhu.. dan yang impressnya.. diorang nie semua bukan nya jenis marriage failure.. semua relationship is a happy relationship. siap ada sorang tue.. ada 10 great grandchildren... giler gempak kan. ( nie.. seolah2 caucasian nie takder keje.. tapi mcm bets gak. Nampak diorang happy dengan apa yang diorang buat. so.. eventually, si Sophie nie terjebak sama... ANyway, to cut it short. d first letter dat sophie write really helps out. dia menjawab one letter which is 50years old age.. yg tak prasan oleh secretary of Juliet. Dalam letter nie, dia menolong thsi letter mencari true love yg da lama dia tinggalkan yang bernama Antonia Berttoulli. Macam2 jenis orang diorang jumpa... last2 jumpa jugak.. and eventually, sophie nie jatuh hati dgn cucu dat lady.. oh ya dat lady nama dia Claire. TApi tak bleh buat apa coz sophie da bertunang..

AKhirnya, claire akan berkawen dgn Antonio. They inviting Sophie to come.. SOphie datang, sbelum datang.. dia putus tunang dengan tunang dia.. hoping dat she ends up wif CLaire grand son. Tp things get mix up, when, SOphie salah anggap cucu Claire da reunite balik dgn Xgf dia ( eventually, salah orang.. . sebab nama sama).. later, after the confusion.. things get better wif communication...

haishhh.. walopon agak slow.. tapi layan jerla.. membuatkan aku masuk ke memory lane balik.. time dgn pakcik dulu... haiahhh... tak suka... biler masuk fasa memory lane. It hurts alot though.. lgla biler nak masuk bulan 5 nie.. May Allah ease the way..

True love? betulkah wujud? Dulu dengan pakcik, aku rasa mcm dia soulmate aku.. yerla.. byk rasa adalah sama.. i thought hanyalah sebuah kebetulan.. tapi rasanya sekarang lebih kepada suratan..

uwaa.. panjang bebenor entry aku... sorry erk.. kalu borin..

word paling aku suka ...


I'm sorry, I didn't know love had an expiration date.

Monday, March 21, 2011

Wedding BO

Da lama aku x update blog. Sibuk ngejar apa ntah (pelik juga kekadan aku pikir).. but anyway. Yesterday, wedding kazen aku Bo. Diadakan di Kuala Selangor. Kali nie, aku x turun padang untuk Rewang.. sebab kejar dateline previva aku.. huhuhu.. anyway.. Majlis dia simple, but meriah... siap ada kumpulan nasyid, bawa gendang segala.. meh kiter tgk majlis dia..


Nie gambar kakak sulung dan adik bongsu pengantin.
Kakak dia nama Aini. Baru dapat first baby.. comel banget!! anak dia bernama irfan itu..










Nie kazen aku gak dgn anak dia bernama Arjuna.. Klasik sei nama dia..














Inilah Pengantin dia.. Kazen aku nie lelaki. Nie sanding kali pertama.. kena sanding kat luar.. Aku rasa orang jawa jer kot adat nie.. Time nie.. lepas kompang di palu, memula.. pengantin di beri minum. Pastu Pengantin akan dipersembahkan dengan silat Pengantin (tapi yg nie , takder sebab tak der org nak silat). Last sekali, Acara baling gula2.. kire mcm blessing.. time niela.. bebudak termasuk aku berkejar rembat gula2.. siok sei.. hehehe.. trasa muda kembali :P












Nie sanding kat dalam rumah. Pelamin nie, kazen aku.. Fatimah n hubby dia wat.. Simple yet nice..





Selamat pengantin Baru Bo & Ika.. Selamat melayari bahtera pengantin..

Tuesday, March 1, 2011

Bandung- Jogja- Solo

Aku takleh tido.. badan sangat penat dan exhausted. Petang tadi baru balik dari academic visit ke Bandung. Penat tetapi BERBALOI. yerla.. dari takmo dan serik nak sambung phd.. tetiba bleh semangat... meh aku cerita macam mana trip aku kat sana.

23/2/11

Bertolak seawal 6.30am dr UiTM ke LCCT. Rombongan kami seramai 26 orang.. Ketua delegasi. Mantan Dekan, Prof Saifollah, Dr Min ( penasihat), En Mat dan Kak Ju... sebagai staf akademik. Sampai kat Bandung, kami check in kat Royal Dago Hotel. not badla.. perjalanan diteruskan ke Tangkuban Perahu.

Tangkuban Perahu.
adalah salah satu destinasi perlancangon. dia adalah kawasan kawah yang tidak aktif... Kalau sampai kat Bandung.. memang tak sah kalau tak pergi Tangkuban Perahu.. Kat sana tgklah kebesaran tuhan.. sejuk tempat tuh.. pastu kat sana jual strawberry yang sangat lazat... masih terbayang dan terasa kelazatan dia.. sangat manis.. aku rasa.. strawberry aku makan kat uk pon tak semanis tuh.. belila.. skali bawak turun.. strawberry dia kurang da rasa.. simpan utk besok.. trus rasa masam.. huhuhu.. macam strawberry kat cameronla plak.. huhu..

Malam tue kami makan kat kedai nasi sunda. minum jus alpukat.. Masyallah sangat2 sedap.. Aku yang tak suka minum jadi bleh suka minum.. ASyik gitu ;)


24/2/11

ITB (Institut TeknoloGI Bandung)

Best kat sini!!! Prgi fakulti MIPA dan SITH. tapi utk bidang aku bawha MIPA bukan SITH (School of biology).. under department of Biochemistry.. Kat sini master diorang terbahagi kepada 3 program.. 1) sandwich prog.. yang nie aku rasa best.. sebab kalau dapat sandwich dengan oversea.. kire bleh balja kat dua tempat 2) scheme fellow .. samam mcm kat sini.. 3) research.. samala kat uitm.
pastu.. PHD dia pon leh wat sandwich.. nie terbayang nak ada 3 tempat nie.. ITB, mesia and Berkeley USA.. best kan.. kalu dapat wat cam tuh.

Pastu.. melawat lab diorang. taklah secanggih kat UitM.. kecik je.. mcm oldskool.. tp diorang amat kreatif. terbaikla..


25/2/11
UNPAD ( University of Padjajaran)

University Pak Agus masa dia wat master. insyallah UiTM akan buat MoU kat sini.. so kami wakilla.. konon akan present. sekali tak sempat. anyway, sangat berbesar hati dengan layanan diorang.. first class.. Insyallah diorang akan mengadakan lawatan kunjungan balik ke mesia.. Dr Min kata.. nak minta kitorang incharge.. huhuhu...


26/2/11
Hari ini adalah hari segala-galanya.. maksudnya.. SHOPPING DAY. Kak Ii dan Mas Judi turun dari Jakarta untuk jumpa aku. Sangat terharu.. denagn layanan diorang.. takper.. nanti aku kerje.. aku balas balik mcm itu. sangat bagus. Insyallah aku nak jadi bagus mcm Kak Ii. Oh ya.. diorang terkejut.. dan tak sangka aku ada kazen lg kat sini .. wink wink wink.. Malam tue.. kami bertolak ke jogjakarta.. perjalanan 10jam.. jalan dia.. 2 kali teruk dr bukit putus kat kuala pilah sana.. huahuahua..

27/2/11

Kami check in hotel around
9am.. dengan mengantuknya.. kami teruskan perjalanan pergi chandi borobudur.. sgt sgt penat


oklah aku rasa mata aku dah ngantuk..


Friday, February 11, 2011

Berkata tentang jodoh

Cerita tentang jodoh ini sangatlah sensasi dari kala dulu hingga kini. Aku pon terkena jugak soalan ini, memandangkan umur ku akan mencecah 30thn tak lama lagi. Telinga nie rasanya.. tak taula.. nak cakap.. Nak risau pon tak bleh sangat. Jodoh itu adalah rezki Allah berikan. Kita sendiri tak tau banyak mana kita akan dapat, cuma rezki tu, tuhan bagi sama rata, cepat atau lambat jer. Sama jugaklah dengan jodoh. Kalau kala dulu, aku sampai terpaksa berperang dengan orang sekeliling sebab bising pasal jodoh. Nak kata memilih sangat takderla, cuma aku mementingkan beberapa aspek.... yerlah .. kitakan akan kawen dengan dia, dia plak bakal menjadi suami kita, ayah kepada anak- anak kita.. mestilah kita nak yang terbaik. Betul tak? Aspek yang amat aku tekankanlah adalah bab solat.. huhuhuhu.. kalau tanya certain people.. semua akan kata lelaki akan berubah selepas solat.. ntahla..

Allah sendiri telah berfirman dalam surah An-nur, al- baqarah.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jadi peraya pada itu jerlah, betulkan? Aku nie bukanlah baik sangat, tapi baik jugak.. Bukan tak pernah ada relationship, relationship akhir2.. ini mostly dapat yang terbaik. Aku bersyukur. Tapi kalau bukan jodoh.. tak bleh buat apa.. dia munkin 'baik' , tapi 'baik' dia untuk orang lain, bukan untuk aku. So kena terimalah, walopon sepahit hempedu. Munkin Allah nak didik erti sabar, untuk orang yang tak reti sabar macam aku nie kot.

Aku baru lepas baca blog Pahrol. Sangat terkesan pada hatiku..
http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

Friday, February 4, 2011

Mesir oh Mesir

Masuk hari ini baru rasa lega sket dengar khabar adik aku di Alex. Everything is going to be ok. Menurut kata adik aku, kedai kat ALex da start buka.. Suasana mcm biasa, Curfe tak teruk, bleh sampai kol 5ptg. ALhamdullilah for that. However, Insyallah dia akan stat kuar dr Mesir jam 2 ptg waktu mesir.. waktu mesia.. (aku rasa tgh pg besok kot). Cuma kat Cairo masih teruk. Haiya.. Perang saudara hendak bermula... Orang ketiga nak masuk campur.

Dulu.... aku tak pernah nak ambik port pasal perkara macam ini. Tapi semenjak adik aku blajar kat sana.. ditambah pula.. aku ambil klas Talaqi. wat aku peka sket. HUHuhhuhu.. Sayang kalau terjadinya perang saudara... da ala sesama Islam.. dan paling aku tak suka.. BILA... si ISRAEL.. masuk ambik port.. dengar crita, dioranglah akan provide senjata nanti.. aaaaaaaaaaaahhhhhhhhh bengong!!!!!! cepatlah si hosni ni turun.. cukup2lah kekayaan yang kamu dapat itu. Kasihanilah rakyat mu .. sampai makan pon x cukup. Hailo.

Teringat ustaz Hata, waktu aku talaqi menengah, kata, bumi anbiya nie.. bleh melahirkan dua jenis manusia.. sama ada manusia yang akan mengikut jejak warisan para anbiya, mahupon manusia akan jejak warisan firaun.. huhuhu.. teringin aku nak ke sana... dan berguru kat sana.
Tapi takpalah, adik aku dapat gi.. aku nak soh dia berguru dgn imam kat sana, pastu bleh aku blaja dr dia..hehhehe..