Blogger Layouts

Tuesday, May 25, 2010

Word of the Day

Got it from one of my FB fren... i lioke... ^^


I might not be the most beautiful or the sexiest... nor have the perfect body... I might not be first choice...but I am a GREAT choice... I don't pretend to be someone else... cause I am too good at being ME... I might not be proud of some of the things I've done... but I am proud of who I am today. Take me as I am..or watch me as I go..

Thursday, May 20, 2010

Saling melengkapi

SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang…

“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:


“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

jazakumallahu khair..

Tuesday, May 18, 2010

my mum my sweetheart

DUHAI BONDA
(Nowseeheart)

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Monday, May 17, 2010

Diam itu Indah

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

sumber:iluvislam articel
diambil dari:Majalah Anis Edisi Mei 2009

Saturday, May 15, 2010

Baik Vs. Jahat

Salam teman-teman,

Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.
Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.

Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.
Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.

Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.

Tempatnya Hati
Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,

ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب
“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”

Punca Penyakit dan Punca Maksiat
Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.

Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani).

Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.

10 SIFAT MAZMUMAH

Ghadab - marah
Hasad Dengki
Bakhil - kedekut
Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"
Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"
Hubb al-Jah - Gila Kuasa
Hubb al-Dunya - Gila Dunia
'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri
Takabbur - Sombong
Riya' - menunjuk-nunjuk.

10 SIFAT MAHMUDAH

Taubat
Khauf - takut
Zikr al-Maut - Ingat Mati
Mahabbah - kasih sayang:
Zuhud
Tawakkal
Ikhlas
Syukur
Redha
Sabar.


p/s: Susah rupanya jadi baik, tapi senang pula nak jadi jahat~ manusia-manusia..

Tuesday, May 11, 2010

Trip to Pangkor Island

Just got back from Pangkor Island. Really had a great time with my labmates. We went there on 8th of May 2010. Went there with three cars, Kak Nad and family, Dila's and the boys, the gurls. Gathered at Kak Nad's house around 8.30am. Dila lead the way, since she's familiar with place.


DIla's car...












Here is a bit story of Pangkor Island. Pangkor Island is situated at the coast of perak State (Located about 90km south west of lpoh). From Lumut Jetty, it takes about 40min to reach there by ferry.







We went ther for three days and 2 nights. We stayed at Pangkor Bay view Beach Resort whihc is situated at Teluk Nipah. From the jetty, it takes about 20min by taxi . The gurls stayed at family room. Quite a big room. Budget for 2 nigt for each person is about Rm55 (Cheap rite!). The facilities is ok. There was no kettle provided, so we just used the water filter provided. On the first day arrived, not much activities we did. Just settle down bit here and there. On the eve, me and the gurls went strolling along the stall. SUrveying things to brought home. Night time.. portluck. Ate all the things that we brought that day. Menu dishes, nasi impit (me)Rendang daging kicap by nysya... (superb), fish soup and vege (kak nad) Bread pudding (me). Makes us full. Night time.. Just staying in the hotel.


Second day...



Snorkelling!!! Best!!!

Friday, May 7, 2010

My buah hati



Ni buah hati aku yang no1. Aku panggil dia Afeef. Kalu tensen.. mesti aku carik bdk nie. Tapi la nie macam tak sempat je aku nak jenguk. SUre dia lupa auntie fati dia nie. ....



This is my charming prince, Adam. Bdk nie pantang tg k gurls.. sure muka 360 deg.. pandang . Dari nangis terus diam.. Hebatkan. Memanglah charming. mUka pon da ala2 mat salleh ;)

Sunday, May 2, 2010

Sederhana pada harta benda


Harta adalah jambatan untuk mencapai tujuan. Maka ramailah bertungkus- lumus untuk mencari segunung harta buat bekal di hari muka atau di gunakan sekarang. Segala bagai cara digunakan untuk memperolehi harta. Semua orang pasti ada penyakit cam nie.. AKU? tak terkecuali. tapi.. mak aku kata.. harta bukanlah segalanya. ia hanya alat untuk memeperolehi dan melengkapkan sebuah kehidupan. Harta tidak mampu membeli sebuah sayang, harta juga tak mampu beli sebuah kehidupan... betulkan? MONEY CANNOT BUY EVERYTHING ;)

so.. yang penting skarang adalah kita BERSYUKUR dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Firman Allah..

"Ramai orang boleh bersabar, tetapi sedikit sahaja orang yang mampu bersyukur"


Maka renung-renungkanlah kekawan..

Mei datang lagi


Semenjak tahun lepas, mei merupakan bulan yang aku nantikan. hik hik hik.. selain dari bulan besday ( ramai yang lahir bulan ini termasuklah aku). mari kiter ikuti renteten bulan mei.

Tahun lepas :-

  • Kedatangan Inchik ke mari- datang bertandang ke rumah aku. Membawa seribu pengertian kepadaku. Tq Inchik. Sayang inchik ~Cheezy giler .. rolling eyes (sib baik inchik takder blog aku.. muhahahahha..)
  • Mother's day. Di sambut dengan kehadiran Inchik juga. Sangat bestkan... I LIKE.
  • Bulan di mana X aku kawen. AKu TAK regards pon skaran lepas dia let go aku. dulu munkin ahh.. tapi lepas kenal inchik.. owhohoho_ cheezy lagi :P
  • Bulan di mana.. everythig wif encik. thanx god i found u.. hik hik hik

Tahun ini.. rencananya:-

  • Hantar full paper for kelantan ( da.. smalam.. AKHIRNYA.. dalam segala kepeningan).
  • Pangkor trip with d labmates ( looking forward to it!!!)
  • Kedatangan Inchik lagi ~ butterfly in my stomach..
  • Konvo Hani- Butterfly in my stomach juga :P