Blogger Layouts

Friday, February 11, 2011

Berkata tentang jodoh

Cerita tentang jodoh ini sangatlah sensasi dari kala dulu hingga kini. Aku pon terkena jugak soalan ini, memandangkan umur ku akan mencecah 30thn tak lama lagi. Telinga nie rasanya.. tak taula.. nak cakap.. Nak risau pon tak bleh sangat. Jodoh itu adalah rezki Allah berikan. Kita sendiri tak tau banyak mana kita akan dapat, cuma rezki tu, tuhan bagi sama rata, cepat atau lambat jer. Sama jugaklah dengan jodoh. Kalau kala dulu, aku sampai terpaksa berperang dengan orang sekeliling sebab bising pasal jodoh. Nak kata memilih sangat takderla, cuma aku mementingkan beberapa aspek.... yerlah .. kitakan akan kawen dengan dia, dia plak bakal menjadi suami kita, ayah kepada anak- anak kita.. mestilah kita nak yang terbaik. Betul tak? Aspek yang amat aku tekankanlah adalah bab solat.. huhuhuhu.. kalau tanya certain people.. semua akan kata lelaki akan berubah selepas solat.. ntahla..

Allah sendiri telah berfirman dalam surah An-nur, al- baqarah.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jadi peraya pada itu jerlah, betulkan? Aku nie bukanlah baik sangat, tapi baik jugak.. Bukan tak pernah ada relationship, relationship akhir2.. ini mostly dapat yang terbaik. Aku bersyukur. Tapi kalau bukan jodoh.. tak bleh buat apa.. dia munkin 'baik' , tapi 'baik' dia untuk orang lain, bukan untuk aku. So kena terimalah, walopon sepahit hempedu. Munkin Allah nak didik erti sabar, untuk orang yang tak reti sabar macam aku nie kot.

Aku baru lepas baca blog Pahrol. Sangat terkesan pada hatiku..
http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

Friday, February 4, 2011

Mesir oh Mesir

Masuk hari ini baru rasa lega sket dengar khabar adik aku di Alex. Everything is going to be ok. Menurut kata adik aku, kedai kat ALex da start buka.. Suasana mcm biasa, Curfe tak teruk, bleh sampai kol 5ptg. ALhamdullilah for that. However, Insyallah dia akan stat kuar dr Mesir jam 2 ptg waktu mesir.. waktu mesia.. (aku rasa tgh pg besok kot). Cuma kat Cairo masih teruk. Haiya.. Perang saudara hendak bermula... Orang ketiga nak masuk campur.

Dulu.... aku tak pernah nak ambik port pasal perkara macam ini. Tapi semenjak adik aku blajar kat sana.. ditambah pula.. aku ambil klas Talaqi. wat aku peka sket. HUHuhhuhu.. Sayang kalau terjadinya perang saudara... da ala sesama Islam.. dan paling aku tak suka.. BILA... si ISRAEL.. masuk ambik port.. dengar crita, dioranglah akan provide senjata nanti.. aaaaaaaaaaaahhhhhhhhh bengong!!!!!! cepatlah si hosni ni turun.. cukup2lah kekayaan yang kamu dapat itu. Kasihanilah rakyat mu .. sampai makan pon x cukup. Hailo.

Teringat ustaz Hata, waktu aku talaqi menengah, kata, bumi anbiya nie.. bleh melahirkan dua jenis manusia.. sama ada manusia yang akan mengikut jejak warisan para anbiya, mahupon manusia akan jejak warisan firaun.. huhuhu.. teringin aku nak ke sana... dan berguru kat sana.
Tapi takpalah, adik aku dapat gi.. aku nak soh dia berguru dgn imam kat sana, pastu bleh aku blaja dr dia..hehhehe..