Dah dekat setahun aku tak update.. bersarang labah-labahla.. alasan kemalasan melanda terlalu cliche utk di katakan.. ahaks..
Masuk minggu ni dah masuk 31 minggu aku mengandung. Hari ni appoiment bersama bidan KKM.. Alhamdulillah baby dan ibu sihat. Baby kecik... baru naik 1.8kg. Hari ni kena buat kali ke-dua pemekrisaan gula untuk ibu mengandung. Semalam cuak gak nak buat.. pelik kenapa kena buat sampai dua kali.. detail kat bawah penerangan MGTT (modified glucose tolerance test) kire nak check kandungan gula ketika berpuasa.. bolehkah insulin dihasilkan secara normal.
Mengikut apa yang kawan2 aku kata yang berada dalam bidang sains kesihatan.. semasa mengandung, Kandungan gula akan diperiksa sebanyak 3x iaitu pada semester pertama, semester kedua dan semester ketiga. Dalam kes aku, bidan check pada semester kedua dan ketiga.. Tujuan MGTT ini dibuat untuk melihat samada ibu mengalami gestational diabetes atau tidak. gestational diabetes merujuk penyakit diabetes semasa mengandung. Hanya berlaku ketika mengandung akibat perubhana hormon.
Proses Minum Gula Bagi Ibu Yang Hamil
Sepuluh jam sebelum proses MGTT, ibu hamil kenalah berpuasa. Ibu mengandung tidak dibenarkan makan, hanya boleh minum air kosong sahaja.
Sebelum diberi minum air gula, darah akan diambil.. Ini dikenali sebagai Fasting blood sugar. Setelah itu, Ibu hamil perlu minum air gula. Syarat-syarat minum, ketika sedang minum atau selepas minum ketika masa menunggu tidak dibenarkan muntah.. huhuhu.. Payah sei.. Apapon, untuk rasa kurang loya, pastikan air gula itu x panas.. susah nak telan.. suam pon jenuh gak nak perabis. Minum perlahan-lahan bagi adjust dekat rasa.. bila da ok.. bleh teguk banyak-banyak... setelah itu. Menunggu lebih kurang 2 jam, baru ambil darah sekali lagi. Darah ini dipanggil Modified Glocose tolerance test atau MGTT.
Kandungan gula normal adalah di antara 3.5 ke 6.0mmol/L. Pemeriksaan pertama aku 3.6 mmol/L. Menurut kawan aku Dr Didi, kalau pertama normal.. InsyaAllah kedua pon normal.
Selain itu, hari ini aku terima imunisasi kedua tetanus/ toxoid.
Habis pemeriksaan.. Aku belasah roti telur dan roti banjir.. hahahaha.. anak dalam perut kesukaan sebab dapat makan.
Temujanji seterusnya adalah pada 13/1/16
Oh ya.. Bidan aku nasihat:
- Check pergerakan baby, kurang sepuluh terus ke hospital (in other words, sila update buku ya!)
- Penyusuan ibu.. boleh mula belajar teknik memet bila dah masuk bulan ke sembilan. Jangan stress2.. kena positif susu ibu boleh kluar. walaupon amek masa 1-4 hari.
- Kena ada famili planning selepas mengandung dan digalakkan buat pap smear setelah 3 bulan bersalin.. minimum masa.
No comments:
Post a Comment