Anak- anak adalah sahabat
Jadikanlah mereka sahabat anda apabila mereka sudah mula bersekolah. Bersahabatlah seperti mana kamu bersahabat dengan orang lain. Lahirkan pujian terhadap kelebihan sahabat yang dimiliki, tahu membuat lawak jenaka dan bersikap terbuka terhadap mereka. Sorry ya adik and aiman, kakak selalu fikir yang ur alwiz kid. Harus mendengar kata. sob sob sob.
Budayakan sikap menghormati
Ucapan terima kasih dan memberi penghargaan serta hormat pada anak- anak (Ini aku buat kat diorang, sekali skala... pass). Sesekali, libatkan mereka dalam urusan keluarga yang besar sebagai langkah memberi keyakinan pada mereka. Ini secara tidak langsung memberi mereka peluang untuk membuat keputusan mereka sendiri.
Jadilah Pendengar Setia
Ambillah peluang mendengar perkara- perkara yang paling penting dalam hidup anak- anak. Kepentingan ini berubah- rubah mengikut peringkat. Ulang semula apa yang di perkatakan dalam bahasa paling ringkas, supaya menunjukkan kita memahami apa yang cuba di salurkan. ( Rasanya aku kena practisekan yang ini).
Sekiranya anak- anak sudah meningkat, beri mereka peluang untuk memberi pendapat. Kebiasaanya, mereka mempunyai keupayaan dalam memberi pandangan. Namun begitu, harusla selektif.
Selain itu, berilah ganjaran terhadap kebaikan atau satu tindakan yang bagus sebagai satu dorongan. Namun begitu, harusla selaras dengan tindakan yang di lakukan (already did it. Yeay!!).
Luangkan masa berbual
Kegagalan berkomunikasi dalam keluarga sering dikaitkan dengan kegagalan anak- anak mendengar kata ibubapa. Ambil dan cari peluang berbual dengan anak, walaupun dalam masa sebentar. Ini boleh dilakukan dengan bertanya tentang apa yang berlaku di sekolah.