Blogger Layouts

Thursday, June 23, 2011

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Mama kata, mendidik anak zaman dahulu dan zaman sekarang berbeza. Konsep dan kaedah pon berbeza. Anak- anak zaman sekarang tak macam zaman dulu. Mudah sensetif dan punya idea tersendiri. Begitulah katanya, tatkala aku dan mama sedang memasak di dapur. Walaupon aku belum berkeluarga, tapi aku punya dua orang adik yang masih bersekolah, akibat perbezaan umur kami yang besar. Aku dan adikku yang bongsu, beza umur 20 tahun. huhuhu.. Jauhkan.. Jom kita check apa yang perlu dibuat dalam pembentukkan mereka. Perkara ini diaplikasikan kepada yang sudah punya anak.. tapi bleh juga dicedok.. dlm membeli hati adik :P

Anak- anak adalah sahabat

Jadikanlah mereka sahabat anda apabila mereka sudah mula bersekolah. Bersahabatlah seperti mana kamu bersahabat dengan orang lain. Lahirkan pujian terhadap kelebihan sahabat yang dimiliki, tahu membuat lawak jenaka dan bersikap terbuka terhadap mereka. Sorry ya adik and aiman, kakak selalu fikir yang ur alwiz kid. Harus mendengar kata. sob sob sob.



Budayakan sikap menghormati





Ucapan terima kasih dan memberi penghargaan serta hormat pada anak- anak (Ini aku buat kat diorang, sekali skala... pass). Sesekali, libatkan mereka dalam urusan keluarga yang besar sebagai langkah memberi keyakinan pada mereka. Ini secara tidak langsung memberi mereka peluang untuk membuat keputusan mereka sendiri.





Jadilah Pendengar Setia




Ambillah peluang mendengar perkara- perkara yang paling penting dalam hidup anak- anak. Kepentingan ini berubah- rubah mengikut peringkat. Ulang semula apa yang di perkatakan dalam bahasa paling ringkas, supaya menunjukkan kita memahami apa yang cuba di salurkan. ( Rasanya aku kena practisekan yang ini).

Sekiranya anak- anak sudah meningkat, beri mereka peluang untuk memberi pendapat. Kebiasaanya, mereka mempunyai keupayaan dalam memberi pandangan. Namun begitu, harusla selektif.

Selain itu, berilah ganjaran terhadap kebaikan atau satu tindakan yang bagus sebagai satu dorongan. Namun begitu, harusla selaras dengan tindakan yang di lakukan (already did it. Yeay!!).

Luangkan masa berbual

Kegagalan berkomunikasi dalam keluarga sering dikaitkan dengan kegagalan anak- anak mendengar kata ibubapa. Ambil dan cari peluang berbual dengan anak, walaupun dalam masa sebentar. Ini boleh dilakukan dengan bertanya tentang apa yang berlaku di sekolah.

No comments:

Post a Comment