Blogger Layouts

Friday, February 6, 2009

Manual for dummies in searching Mr Right??

Dalam melayari internet sambil mencari journal dan bahan presentation aku, tetiba terlintas satu ayat dalam laman iluvislam... petua mencari jodoh.. hahahha.. tak sangka aku jumpa satu website nie.. trus aku tersangkut.. yerla.. tgh single trang tang tang nie.. pastu tgh ada crisis dgn si hardyboy... ilham mcm inila muncul.. sebabnya oleh dat those second thoughts. Banyak perkara aku pelajari, menambahkan ilmu di dada.. mana tau tetiba tuhan nak kasi jodoh.. kun fa ya kun.. tak bersedia.. camner.. hehehhe..


1. PANDUAN MEMILIH JODOH MENURUT RASULULLAH

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.


Bagi Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”


2. TEKNIK MENGENAL PASTI CALON YANG BERAGAMA

Hmmm.. definasi beragama seringkali diperdebatkan. Sejauh mana nilai beragama seseorg itu. Hmm... nie yg aku rasa best...

Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.


Menurut Imam Al- Ghazali, ilmu fardhu ain boleh dibahagikan kepada dua kategori. Yang pertama, ia berhubungan dengan ibadah wajib seperti yang terdapat dlm rukun islam. Ilmu nie ramai org tahu dan amalkan dan ada yg cuba memperbaikinya supaya lebih baik... Alhamdullilah..


Yang ke dua, ilmu berhubung dengan sifat mazmumah (sifat tercela)- dengki, tamak, riak dsbnya. Menghilangkannya adalah ilmu fardhu ain tetapi amatlah sukar, melainkan dengan mengenal pasti batasnya, sebabnya dan cara mengubatinya. Ramai tahu perkara ini dan tidak mengambil port pon.. (alamak terasa la plak... utk bab nie.. )


3. ELAKKAN MULUT CELUPAR

Kurangkanlah bercakap, banyakkan zikir..

No comments:

Post a Comment