Thursday, December 15, 2011
Satu catatan
Monday, December 12, 2011
K.A.W.E.N
Thursday, December 8, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Are you judgemental??
Friday, October 28, 2011
kebetulan atau satu trend.....
Monday, October 24, 2011
10 Soalan sebelum berkahwin
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas
Source: I luv Islam
Sunday, October 23, 2011
Viva oh Viva
Wednesday, October 5, 2011
Where do we begin??
By the way, got the opportunity to attend a talk by Imam Shuaib Webb.. Where do we begin? such a short yet actually required many things to ponder upon.
The next question.. Who do we begin first?
Answer.. Allah
............. Prophet Muhammad S.A.W
and.. Comply it with Syariah..
How do we do it??? ~again question...
hehhehe.. thats human nature, full of question (Rite?) How do we begin with Allah?
Remember as a kid.. we used to hear and sang the famous song of sifat- sifat Allah..
Allah
Wujud
Qidam
Baqa
Mukhalafatuhu Lilhawadithi
Qiyamuhu Binafsihi
Wahdaniah
Qudrah
Iradah
Ilmun
Hayat
We just sang.. but we failed to understand.. just memorizing it. Rite? Same goes to me.. As beginner.. To know Allah is to learn about Allah.. it is just like we have a crush wif someone.. we would like to go to know that particular person in details Rite? Thus as beginner.. we need to study the sifat-sifat Allah..
Look at the sifat-sifat Allah.. the word ilmun.. from the root word of Ilm (arabic), ilmu (malays) and knowledge (english).. and it means something fix..
Within this.. there's a thing called Makrifah.. from the root word of arabic (Arf).. which means smell (sense).. For an example.. we wake up early in the morning.. we smell something good fom the kitchen.. Wondering what mum cooks today?... as we sense.. Ahhhahhaa.. 'Mak masak nasi lemak la.." ur nose. started to smell the aroma of nasi lemak.. that sense we called Makrifah... is like an idea..
Hence knowledge and makrifah is important to come together.. Knowledge without Makrifah is nothing.. because it just there.. Makrifah didn't always come together with knowledge.
The beauty of islam is by engaging their mind (where makrifah comes) with the knowledge their gained.
Ibn Jazari have told in one of his prominent hadith.. Aqal is the greatest tool that Allah grant to so called human. But we as human.. did we apply it as max as we can go?
Hence, in life..when we're confused.. turn to Him.. as he will reply all the answers to all the question we're looking for. Insyallah, He will blessed with His Makrifah.. which in turned creates personality ( Being a better human indeed). However, this personality also were influenced by following syariah.
What is Syariah? An islamic guidelines based on Al-quran and As- Sunnah.
Hence, when we follow the syariah.. and we learn the knowledge and eventually get the makrifah.. Alhamdullilah we will be a good muslim (as an individual).
That is when we were as individual. How about our role as an ummah (community)?
When is the first time people unite together? When.. Islam were introduced to the world. Lots of American philosopher have introduce all the ideas to unite together.. but none of them have failed, and eventually they will turned and see that Islam is the only religion that able to unite all people without looking forward to races, colours and backgrounds.. everyone is the same.. and the difference is on their iman.. and only Allah knows that.
Hence, we have to follow the syariah that have been provided. What is the gold standard of syariah? Something that is benefit without harming other people.
What is the greatest Ummah Theory?
- We have to inspired our life before we inspired by others. This is when the ilm and makrifah comes together.
- When you do something.. DO it as best as you can.
- Appreciate the trust that have been build it..
until now.. got a bit of additional info here and there.. good things come from him.. and the bad things come from me..
However.. lets keep it short..
Saturday, September 17, 2011
D boys WEDDING
Habis jer submit.. soknyer.. aku trus shoot ke klantan.. rombongan nikah d boys.. awi n ebal.. on d 9/9/11.. alhamdullilah.. depa da slamat menikah.. tinggal kenduri sbelah sini on d 24/9/11.
Skaran.. mood menolong mak aku preparation kawen. Tolong ker? tolong kecoh ada la.. hehehe.. penat gak sket.. Mcm rasa aku lak yg nak kawen.. huhuhu.. banyak gak kerja.. hurmm.. dulu aku tak faham.. knapa.. majlis kawen kat mesia nie renyah semacam.. Sekarang baru aku realize... knapa.. n aku sendiri yg jd cerewet tentang perkara itu. Aku pon tak tau.. camner aku bleh seropa sama itu makcik2.... i meant pemikiran.. mmg cuba untuk sesimple munkin.. tp ada beberapa perkara yang tak bleh nak avoid. haishh.. terpk aku.. susah gak kalau kawen takder duit. huhuhu.. tp itulah rezki tuhan.. dtg secara tetiba2.. ;)
Tuesday, August 23, 2011
Nilai kemanusiaan
1) Bapa tolak anak ke dalam lombong yang menyebabkan kematian..
2) Bapa kelar anak sendiri...
Masyallah.. Apa nak jadi .. nie
Belum lagi bab bapa rogol anak.. Nauzubillah..
Ya Allah... bagaimana nasib umatmu ini...
Friday, August 19, 2011
S.E.N.Y.U.M
segala kepenatan seperti hilang,
segala keributan menjadi tenang,
Tuela.. senang2 orang tue dapat pahala..
Semoga Allah memudahkan urusanMu ... amin
Wednesday, August 17, 2011
releksla..
Aku tak faham...
Napa orang tue nak sentap...
Nak lari2.. eleksla..
bukan aku main kejar2.. pom
ker aku yg mood sentap...
Memang sentap pon.. kejar date line..
sempat nak huha huha... hahha
Iftar kat luar dgn bebdk lab 409.
Happening!!
Tq guys..
Apa pon.. eleksla kawan..
things happen wif reason..
apa pon.. kejar dateline dulu...
Saturday, August 13, 2011
Kasih seorang Adik
Adik: kak, tadi adik beli buku PTS..
Kakak: apa tuh??
Adik: ala.. novel.. td diorang dtg jual buku.. adik beli buku .. mcm citer kau dan aku..
kakak: erk???
adik: Jap adik ambik..
maka.. adik berlarian mengambil buku itu..
adik: nah...
kakak: huh?? buku cinta.. ehh.. adik kecik lg.. mana bleh baca buku mcm nie..
adik: ala.. dia ada jual buku nie.. lgpon besday akak ari tuh.. adik tak beli apa2 pon lg.. ~
kakak: (speechless) lor.. brapa harga?
adik: RM14..
kakak: Huh??!!! Mana adik dpt duit byk2 nie..
Adik: abah n ma bg..
kakak: (sambil tepuk dahi) Ya Allah.. sabo jerla.. adik.. len kali tak yah beli buku mcm nie.. beli buku adik.. mahal nie,. apa pon.. terima kasih erk.. (terharu.. tak terkata apa2)..
haishhh....
Tuesday, August 9, 2011
17 hari lagi
Kepala aku rasa da nampak bintang.
Keje giler menghabiskan writing dalam masa 17 hari lagi.
Tapi itu jer jalan yang di beri..
Redah jer la...
*sakit otak aku wei*
Wednesday, July 27, 2011
Monday, July 25, 2011
nak lari boleh??
Monday, July 4, 2011
Pelangi petang
tak munkin dapatku gapai,
hanya dapat direnung dan dipuja
dari kejauhan, memberi sinar pada hati yang sedang galau.
Oh pelangi petang,
bias warnamu memukau pada setiap mata yang memandang
Kemilau mu mengusik setiap hati yang memandang
Hadirmu di kala badai hati meruntun jiwa.
Walau seketika,
hadirmu menyinar sebahagian dari pemujamu..
pelangi petang...
Thursday, June 23, 2011
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Anak- anak adalah sahabat
Jadikanlah mereka sahabat anda apabila mereka sudah mula bersekolah. Bersahabatlah seperti mana kamu bersahabat dengan orang lain. Lahirkan pujian terhadap kelebihan sahabat yang dimiliki, tahu membuat lawak jenaka dan bersikap terbuka terhadap mereka. Sorry ya adik and aiman, kakak selalu fikir yang ur alwiz kid. Harus mendengar kata. sob sob sob.
Budayakan sikap menghormati
Ucapan terima kasih dan memberi penghargaan serta hormat pada anak- anak (Ini aku buat kat diorang, sekali skala... pass). Sesekali, libatkan mereka dalam urusan keluarga yang besar sebagai langkah memberi keyakinan pada mereka. Ini secara tidak langsung memberi mereka peluang untuk membuat keputusan mereka sendiri.
Jadilah Pendengar Setia
Ambillah peluang mendengar perkara- perkara yang paling penting dalam hidup anak- anak. Kepentingan ini berubah- rubah mengikut peringkat. Ulang semula apa yang di perkatakan dalam bahasa paling ringkas, supaya menunjukkan kita memahami apa yang cuba di salurkan. ( Rasanya aku kena practisekan yang ini).
Sekiranya anak- anak sudah meningkat, beri mereka peluang untuk memberi pendapat. Kebiasaanya, mereka mempunyai keupayaan dalam memberi pandangan. Namun begitu, harusla selektif.
Selain itu, berilah ganjaran terhadap kebaikan atau satu tindakan yang bagus sebagai satu dorongan. Namun begitu, harusla selaras dengan tindakan yang di lakukan (already did it. Yeay!!).
Luangkan masa berbual
Kegagalan berkomunikasi dalam keluarga sering dikaitkan dengan kegagalan anak- anak mendengar kata ibubapa. Ambil dan cari peluang berbual dengan anak, walaupun dalam masa sebentar. Ini boleh dilakukan dengan bertanya tentang apa yang berlaku di sekolah.
Tuesday, June 14, 2011
Doaku, Harapanku, Misiku
Jika aku dambakan suami semulia Rasullulah S. A. W,
Lalu harus aku akan cuba menjadi sehebat Khadijah.
Jika aku inginkan suami sehebat Sulaiman,
Maka harus aku ingin menjadi isteri secantik Balqis.
Jika aku inginkan suami setampan Yusuf,
Lalu harus aku ingin menjadi isteri yang kasihnya setulus Zulaikha.
Jika aku inginkan suami seteguh Ibrahim,
Lalu harus aku sekuat Hajar.
Jika aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali,
Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah.
Sunday, June 5, 2011
Silaturrahmi
Silaturahmi (indonesian)/ Silaturrahim(Malaysian) adalah suatu yang amat- amat dituntut. Kata nenek dan arwah atok.. silaturrahim hendaklah dijaga.. Atas sebab itulah, aku beserta kedua orang tuaku mengunjungi keluarga kami di Indonesia. Surprising kan!! hehehe.. masa aku kat kaunter imigresen pon.. diorang tak caya.. tapi nak wat camner.. Famili ibuku masih ramai di sana. Since aku ini anak pompuan sulung, pastu arwah atok anak lelaki sulong.. jadi wakilkanlah keluarga dari malaysia mengunjungi majlis resepsi saudara ku di sana.
Saudaraku yang bernama Yeni Laskmi Putri telah selamat diijabkabulkan pada tanggal 23 Mei 2011 di rumahnya di Cijantung, Jakarta Timur. Majlis resepsinya pula diadakan pada tanggal 28 Mei (sabtu) di Gedung Balai Komando Kopassus, Cijantung, Jakarta Timur. Majlis diadakan menurut adat Sunda (her husband side). Gambar disebelah adalah grand entrance sebelum majlis bermula. Aku sangatlah teruja.. Different culture..
Kalau di Malaysia, majlis makan ada kerusi meja.. Di sana, seperti menghadiri majlis Koktail.. tetamu berdiri.. Walaupon begitu, terdapat sudut khas VIP.. kire.. mcm kat mesia.. ada kerusi meja.. aku dan parents diminta duduk di kawasan VIp.. tetamu khas dari Malaysia... cewahh.. Feel honoured. Thanx ya! nampak meriahkan.. hehehe.. tapi.. aku gi jejalan .. takder menepek kat meja VIP.. mau rasa suasana di sana.. ;)
Gamba sebelah adalah pelamin. Kerusi di tengah adalah untuk pengantin bersanding. Disebelah kanan untuk parents pengantin lelaki, manakala di sebelah kiri parents pengantin perempuan. Semua pakai Fresh flowers.. perghh..
Searian aku disana.. dan alhamdullilah.. saudaraku di bandung dan jakarta.. kebanyakkannya.. datang.. jumpala aku famili besar di sana. bersyukurku..
P/s nanti aku sam bung entri lain..
Wednesday, May 18, 2011
Segan tapi mahu
Makin cuba elak,
Makin kerap bertandang,
Serba salah jadinya.
Bukan di pinta,
tapi andai itu takdir-Nya,
Ku relakan jua,
Mohon keputusan yang diberikan kali ini
adalah tepat masa dan tika-Nya.
Thursday, May 12, 2011
Thirty is early
Hasil kutipan pada hari ini...
Bunga ini diberi oleh Bos aku terchenta Dr Hana.. siap wat surprised celebrate dgn cupcake yang comel.. very sweet of her. Gracias Dr Hana
...
Kat rumah celebrate dengan simple.. awi bought pastries, ma masak bubur pulut hitam.. ~nice.
Present from Mr Daddy.. Buku buat santapan rohani dan jasmani.. thanx abah.. muahkss.. Jam tangan from my beloved Bro, Awi.. thanx ya.. memang suka .. da lama teringin.. hik hik hik
Happy birthday to my other twins..
Angah n Ummu.. Have a blast!!
Tuesday, May 10, 2011
Selasa Yang sangap
Aku tak tau kenapa aku allergic ari selasa... huhuhu.. patutnya ari isnin.. tapi aku ari selasa.. kalu ari selasa jer.. mesti mood aku jatuh merundum.. nak buat keje... cam takder mood.. uwaa... camner nie.. LR aku kena anta ari nie.. plasmid aku pon x run lg.. pastu kena wat account lg utk bos aku.. haiyak...
Rasa tak semangat sebab mimpi mlm td.. Mimpi Cek E... da dua mlm berturut- turut.. haishhh... tak sukanya... mainan tido kot.. sebab sbelum tido.. ngutuk dia dulu... hahaha.. mana tak bawa ke mimpi. Pastu bleh mimpi kena gigit dgn batman plak.. arghh.. apakah.. pelik siut.
Pastu.. pg tue.. konon2 semangat nak ambik baju baru aku kat Tailor.. sebab smalam gi.. makcik tuh da balik.. Aku call la dia.. skali dia bgtau aku... ADIK BAJU ADIK TAK SIAP LAGI. argggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! menambah bengang la aku.. aku angan2 nak pakai baju baru aku pada hari bersejarah aku.. dia kata janji khamis nie siap.. nie yg aku malas nie.. da dekat 2 BULAN kot. Nie.. camner mlayu nak maju nie.. biler first impression kat customer macam nie.. hangin jer satu badan.. betul2 buat aku ilang mood. Kalau dia buat baju aku x cantik. SIaplah... aku nak PALANG.. kedai tu besar2...
Ari nie bos aku soh aku audit and order barang banyak2.. geramnya pasal.. takder moodnyer pasal.. aku buat keje aku kat Mc D.. habis diet aku...
Saturday, May 7, 2011
Let Faith speak
Sunday, April 10, 2011
Minggu kawen
oh ya jumpa Kak Gee dan Dr Faiz.
Comelkan...
Wednesday, April 6, 2011
Hari menguji kesabaran
Aku suka lepak kat sini sebab food dia ok.. kari dia pon sedap!!
Sunday, April 3, 2011
hidup untuk berehat
AKhirnya, claire akan berkawen dgn Antonio. They inviting Sophie to come.. SOphie datang, sbelum datang.. dia putus tunang dengan tunang dia.. hoping dat she ends up wif CLaire grand son. Tp things get mix up, when, SOphie salah anggap cucu Claire da reunite balik dgn Xgf dia ( eventually, salah orang.. . sebab nama sama).. later, after the confusion.. things get better wif communication...
haishhh.. walopon agak slow.. tapi layan jerla.. membuatkan aku masuk ke memory lane balik.. time dgn pakcik dulu... haiahhh... tak suka... biler masuk fasa memory lane. It hurts alot though.. lgla biler nak masuk bulan 5 nie.. May Allah ease the way..
True love? betulkah wujud? Dulu dengan pakcik, aku rasa mcm dia soulmate aku.. yerla.. byk rasa adalah sama.. i thought hanyalah sebuah kebetulan.. tapi rasanya sekarang lebih kepada suratan..
uwaa.. panjang bebenor entry aku... sorry erk.. kalu borin..
word paling aku suka ...
I'm sorry, I didn't know love had an expiration date.
Monday, March 21, 2011
Wedding BO
Nie gambar kakak sulung dan adik bongsu pengantin.
Kakak dia nama Aini. Baru dapat first baby.. comel banget!! anak dia bernama irfan itu..
Nie kazen aku gak dgn anak dia bernama Arjuna.. Klasik sei nama dia..
Inilah Pengantin dia.. Kazen aku nie lelaki. Nie sanding kali pertama.. kena sanding kat luar.. Aku rasa orang jawa jer kot adat nie.. Time nie.. lepas kompang di palu, memula.. pengantin di beri minum. Pastu Pengantin akan dipersembahkan dengan silat Pengantin (tapi yg nie , takder sebab tak der org nak silat). Last sekali, Acara baling gula2.. kire mcm blessing.. time niela.. bebudak termasuk aku berkejar rembat gula2.. siok sei.. hehehe.. trasa muda kembali :P
Nie sanding kat dalam rumah. Pelamin nie, kazen aku.. Fatimah n hubby dia wat.. Simple yet nice..
Selamat pengantin Baru Bo & Ika.. Selamat melayari bahtera pengantin..
Tuesday, March 1, 2011
Bandung- Jogja- Solo
23/2/11
Bertolak seawal 6.30am dr UiTM ke LCCT. Rombongan kami seramai 26 orang.. Ketua delegasi. Mantan Dekan, Prof Saifollah, Dr Min ( penasihat), En Mat dan Kak Ju... sebagai staf akademik. Sampai kat Bandung, kami check in kat Royal Dago Hotel. not badla.. perjalanan diteruskan ke Tangkuban Perahu.
Tangkuban Perahu. adalah salah satu destinasi perlancangon. dia adalah kawasan kawah yang tidak aktif... Kalau sampai kat Bandung.. memang tak sah kalau tak pergi Tangkuban Perahu.. Kat sana tgklah kebesaran tuhan.. sejuk tempat tuh.. pastu kat sana jual strawberry yang sangat lazat... masih terbayang dan terasa kelazatan dia.. sangat manis.. aku rasa.. strawberry aku makan kat uk pon tak semanis tuh.. belila.. skali bawak turun.. strawberry dia kurang da rasa.. simpan utk besok.. trus rasa masam.. huhuhu.. macam strawberry kat cameronla plak.. huhu..
Malam tue kami makan kat kedai nasi sunda. minum jus alpukat.. Masyallah sangat2 sedap.. Aku yang tak suka minum jadi bleh suka minum.. ASyik gitu ;)
24/2/11
ITB (Institut TeknoloGI Bandung)
Best kat sini!!! Prgi fakulti MIPA dan SITH. tapi utk bidang aku bawha MIPA bukan SITH (School of biology).. under department of Biochemistry.. Kat sini master diorang terbahagi kepada 3 program.. 1) sandwich prog.. yang nie aku rasa best.. sebab kalau dapat sandwich dengan oversea.. kire bleh balja kat dua tempat 2) scheme fellow .. samam mcm kat sini.. 3) research.. samala kat uitm.
pastu.. PHD dia pon leh wat sandwich.. nie terbayang nak ada 3 tempat nie.. ITB, mesia and Berkeley USA.. best kan.. kalu dapat wat cam tuh.
Pastu.. melawat lab diorang. taklah secanggih kat UitM.. kecik je.. mcm oldskool.. tp diorang amat kreatif. terbaikla..
25/2/11
UNPAD ( University of Padjajaran)
University Pak Agus masa dia wat master. insyallah UiTM akan buat MoU kat sini.. so kami wakilla.. konon akan present. sekali tak sempat. anyway, sangat berbesar hati dengan layanan diorang.. first class.. Insyallah diorang akan mengadakan lawatan kunjungan balik ke mesia.. Dr Min kata.. nak minta kitorang incharge.. huhuhu...
26/2/11
Hari ini adalah hari segala-galanya.. maksudnya.. SHOPPING DAY. Kak Ii dan Mas Judi turun dari Jakarta untuk jumpa aku. Sangat terharu.. denagn layanan diorang.. takper.. nanti aku kerje.. aku balas balik mcm itu. sangat bagus. Insyallah aku nak jadi bagus mcm Kak Ii. Oh ya.. diorang terkejut.. dan tak sangka aku ada kazen lg kat sini .. wink wink wink.. Malam tue.. kami bertolak ke jogjakarta.. perjalanan 10jam.. jalan dia.. 2 kali teruk dr bukit putus kat kuala pilah sana.. huahuahua..
27/2/11
Kami check in hotel around 9am.. dengan mengantuknya.. kami teruskan perjalanan pergi chandi borobudur.. sgt sgt penat
oklah aku rasa mata aku dah ngantuk..